Open the Popup Window

Sejarah Batu Arang

Pekan Batu Arang sempena galian yang ditemui ini di sini pada 1908 oleh orang Melayu di sini.

Utama

Batu Arang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Bukit Emas Mini dan kini lebih dikenali dengan nama Batu Arang Heritage Town. Batu Arang Heritage Town telah dilancarkan pada tahun 2012 dan kesinambungan untuk mempromosikannya perlu ada saban tahun. Setelah tertubuhnya Kota Puteri Batu Arang Heritage Cyclers Club, pihak kami telah merancang untuk mengetengahkan sukan basikal MTB sebagai salah satu cara untuk mempromosikan Batu Arang Heritage Town.


Batu Arang Heritage Town ini juga tidaklah asing bagi peminat-peminat sukan berbasikal kerana Batu Arang ini adalah laluan dan kunjungan bagi mereka sejak dari dulu. Melihat kepada keadaan dan peluang yang ada pihak JKKK Batu Arang telah bergabung dengan Kota Puteri Cyclers (KPCC) dan Kuala Selangor Cycling Club (KSCC) untuk menganjurkan BATU ARANG HERITAGE MTB JAMBOREE. Acara ini akan dijadikan acara tahunan oleh pihak penganjur dan secara tidak langsung akan mempromosi Batu Arang sebagai pekan Warisan.